Mendengar Lagu K-Pop dan mengidam nak tengok drama Korea semula.
 |
Okay aku tahu comel. Aku pun suka. Lalala
Courtesy from Fanpop.com |
Itu la aku. Aku ni bukan la kipas susah mati (baca: Die hard fan) K-pop thingy ni sgt. Dulu aku pernah la layan sebab Ex aku suka benda alah ni. Tu pun aku slow-slow la dengar lagu dorang. Start dari lagu Girls Generation yang Gee-gee-gee-gee oh baby baby tu kan.Lepas dah layan satu lagu, aku rasa eh macam boleh go on je K-Pop semua ni kan. Sebab aku pun suka tgk Minah-minah korea ni walaupun mereka semua itu adalah plastic semata-mata. Hah itu pun aku sedut dari kawan aku Nadhirah. Ya, sampai la satu masa kantoi dekat Ex aku yang aku ada 1 folder lagu Korea. Haha. Habis laa aku duk kena perli kan.
Paling aku sukaaaaaaa lagu
2AM- Can't let you go even if I die. Kalau nak suruh aku nyanyi tu hurm boleh laa. Hahaha. Siap ade lirik die kot dulu. Aku pesen kalau dah suka, aku ulang la 40 kali sampai naik muak. Pesen aku la gitu. Pesen dengar sampai muak.
Lepas tu pesen Ex aku ni dulu suka tuju lagu Korea kat aku pulak tu kan, aku pun melayan jela. Aku suka aku dengar la banyak kali, aku tak suka aku dengar sekali jelah kan. Kalau drama Korea tu aku layan la jugak, tapi mahu nye aku tak kuar bilik nak melayan drama dia. Aku ni pesen kalau dah tengok sekali, aku nak tahu ape jadi seterusnye. Macam baca novel la gian die. Tapi novel boleh bawak pergi mana-mana. Ni laptop ko nak bawak pergi jalan? Memang gila la kan? Stok movie semua aku sedut dari Nad. Nad ni kawan aku yang amat fanatik dengan Korea ni. Ape je die takde, semua die ade. Extension semua die ade. hahahaha.
Pesen drama Korea ni semua nak yang sweet je, lepas tu hero-heroin semua stok jambu, cantik, kawaii ape semua kan. Aku ni melts jgk la tgk jejaka Korea ni. Biasa lah tu. Hahaha. Sampai satu tahap aku dah malas nak layan drama ni, sebab aku tau, kalau aku layan drama Korea ni, ape kerja semua tak jalan. Jadi aku pun mula lah tinggalkan semua duniawi ni. HAHAHAHAHAHAHA. (poyo gila!)
Duration meninggalkan duniawi adalah dalam 1 tahun jugak. Lama jugak aku buat dunno dgn Korea amende semua ni. Tapi aku respect la dgn Fan K-Pop ni sebab dorang amat gigih nak hapal muka, nama and whateva yg berkaitan dgn celebs kesayangan dorang tu. Woi Salute!!
Aku? muka artis Korea? Memang tak pernah lekat kat kepala. Ada la 4-5 org je gitu yang aku kenal tapi taktau nama pun. Muka je kenal. Lagu-lagu dorang? Yang pemes-pemes tu aku tau la. Aku ni pesen ada depan mata aku dengar la. Kalau takde, aku malas nye nak mencari. Tapi kalau aku nak tau, aku carik laaaa. Bagus tak bagus aku ni? Bagus kannnnnnnn. Aku tahu dah. (Ya Ampun, riak takbbur! hahaha)
Dah tu ape yang pelik nye sampai aku buat entri Pelik Bab 1 ni ek?
Sebab sekarang ni aku dengar lagu K-Pop semula!!!!!!!!!!!
Kan pelik tu. 2 hari dah aku layan. Lepas tu aku dah mintak Nad cerita Running Man sebab petang tadi aku duk berdekah tgk cerita tu. Mana tak nye. Selama ni aku duk bising adik aku tu bukak channel KBSW dgn ONE HD tu kan yang kat astro tu. Tapi petang td aku duk layan Korea sampai tergelak-gelak. Memang pelik.
Ayu kata aku jadi macam ni sebab ada orang tu nak pergi Korea. Heh? Apakah statement Ayu itu masuk akal? -.-'' Boleh la guna 20% logik.
Apa pun ini mengidam aku yang paling pelik untuk period bulan ini. Selalu aku ngidam makanan je. Kali ni ngidam layan benda ni. K bai.
p/s: Woi aku dengar lagu BIG BANG- BLUE. Repeat sampai muak.